>

Friday, 7 September 2012

Selamat datang ke laman Inspirasi Cikgu Izanne





Salam perkenalan untuk semua..


Sebenarnya saya telah mempunyai blog 
sebelum blog ini. Blog pertama saya 
 adalah blog persendirian.

 Manakala blog Inspirasi Cikgu Izanne
 diwujudkan sebagai tugasan semester kedua saya
 di Kirkby International College.

Sebagai sebuah blog yang baru, 
jika ada salah silap , silalah tegur. 

Saya amat menghargai segala teguran yang bernas 
demi kebaikan blog ini bersama.

Oleh kerana saya seorang guru prasekolah ,
blog yang dipilih lebih  menjurus kepada 
perkembangan kanak- kanak di prasekolah.




Mulakan pendidikan awal anak anda
 dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam pra-persekolahan. 

Pendidikan pra-persekolahan ini
 kebiasaannya bermula ketika kanak-kanak
 berusia dari empat sehingga ke enam tahun.

Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi anak - anak secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. 

Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, 
ibu-bapa dan komuniti.


Insyaallah kita akan bertemu lagi.  :)








Dah baca? Jangan lupa komen dan LIKE aje.. TQ Comel!