>

Monday 19 November 2012

Cerita : Arnab yang Sombong



Marilah sama-sama kita lihat satu cerita
 pendek iaitu 
kisah Arnab yang Sombong...

Jangan lupa ajak kawan- kawan sama tau.. 
baru rasa seronok..

Jadikan cerita ini sebagai teladan buat adik- adik..


                                                         sumber:youtube



Ha. 
Macamana adik- adik comel?
Seronok tak  cerita ini?


Mari kita sama - sama fikirkan, 
apakah pengajaran yang terdapat 
dalam cerita tadi?
Boleh fikirkan tak?


Ermm.. dah lama adik- adik berfikir..
Apa jawapan tu?


Pengajaran dari cerita Arnab yang sombong ialah

1.  Kita janganlah bersikap
 sombong.

2. Sikap rajin berusaha akan
 membawa kejayaan


Jumpa lagi..




Dah baca? Jangan lupa komen dan LIKE aje.. TQ Comel!

Monday 15 October 2012

Kad Bergambar.... Haiwan/Binatang/Animal.....


Hai adik- adik,


Kalau sebelum ini, kita belajar tentang 
haiwan atau binatang (animal) jinak.

Tetapi, kali ini saya sediakan kepada 
adik- adik semua,  kad bergambar haiwan. 

Tidak terhad kepada haiwan jinak sahaja. 
Ada haiwan liar, ada ikan, ada serangga..

Boleh dicetak, kad bergambar berwarna yang 
comel untuk adik- adik. 




Kad Bergambar Animal   


Comel tak gambar- gambar haiwan ini?



                                  Selamat belajar.




Dah baca? Jangan lupa komen dan LIKE aje.. TQ Comel!

Thursday 11 October 2012

...TEMA Haiwan Jinak - Sing a song ...

Let us sing....





WHERE ARE YOU?




Where are the birds? ---2X
Here they come ---  2X
One, two, three, four, five, six --- 2X
Chirp, Chirp, Chirp!  --- 2X



Where are the cows?---- 2X
Here they come---2X
Seven,  eight, nine  and ten---2X
Moo,  Moo, Moo!----2X
                     
        
...Bye,bye....









Dah baca? Jangan lupa komen dan LIKE aje.. TQ Comel!

Wednesday 10 October 2012

...TEMA Haiwan Jinak - Lembaran Matematik...



Ermm..
Kita nak mengenal angka
 atau nombor sehingga 10..

Mari kita kira sama- sama 
objek dalam gambar..

Angka hingga 10


Pandainya adik- adik mengira..

Apa lagi.. 
cepat- cepat minta ibu @ ayah print lembaran ini..
Warnakan cantik- cantik ye.



...JUMPA LAGI...



Dah baca? Jangan lupa komen dan LIKE aje.. TQ Comel!

...TEMA Haiwan Jinak - Lembaran Kerja 2 ...



Taraaa.. kali ini saya nak 
kongsi lagi..

Lembaran kerja untuk adik- adik..
Minta guru atau ibu bapa 'print'kan..


....SELAMAT MENCUBA...



Haiwan jinak2


              MACAM MANA? DAPAT JAWAB TAK?



Dah baca? Jangan lupa komen dan LIKE aje.. TQ Comel!

Tuesday 9 October 2012

....TEMA Haiwan Jinak - Lembaran Kerja ...


Cuba buat.. ok tak? Mudah saja kan?


Excel Lembaran Pra








Dah baca? Jangan lupa komen dan LIKE aje.. TQ Comel!

TEMA : Haiwan Jinak




Adik-adik tahu tak,

haiwan jinak biasanya boleh dijumpai di ladang-ladang. 

Contohnya :
kuda, lembu, unta dan sebagainya. 

Haiwan peliharaan kita di rumah 
juga adalah haiwan jinak. 

Antaranya
 ialah kucing, anjing, arnab dan
 sebagainya. 


Jom kita lihat gambar-gambar ini.




Ini adalah ayam betina. 
Biasanya di pelihara 
di rumah (kampung)
Ayam dipelihara kerana dagingnya
 dan telur.





Ini pula si comel, kucing. 
Ia disayangi oleh manusia,
 kerana sifatnya yang manja.




Ini ialah lembu betina. 
Lembu dipelihara di ladang -ladang. 
Haiwan ini dipelihara kerana 
dagingnya dan susunya.
Susu lembu sangat berkhasiat.




Ini ialah anjing. Ia dipelihara
 sebagai haiwan manjaan dan juga 
sebagai penjaga di rumah- rumah, 
di ladang dan sebagainya.




Mesti kamu semua sukakan lagu, 
Anak Itik Tok Wi kan?
Ini ialah seekor itik.
Itik dipelihara kerana dagingnya 
dan juga telurnya.
Telur itik boleh dibuat telur masin.




\
Ini ialah seekor kambing. 
Kambing dipelihara di ladang-ladang.
 Daging kambing sangat sedap, manakala
 susu kambing sangat berkhasiat.




Ini ialah binatang yang sangat 
disukai oleh kanak-kanak.
Ia sungguh comel.
Ia gemar makan lobak merah.





Unta terkenal di negara Arab.
Unta mempunyai bonggol di belakang 
badannya.Ia binatang yang 
sangat lasak pada cuaca panas.




                                                                Sumber gambar :  Google

Ini ialah kambing biri-biri.
Bulunya yang putih  sangat berguna kepada manusia. 
Ia boleh digunakan untuk membuat
 baju sejuk.
Dagingnya juga sangat enak.



Inilah adalah antara haiwan jinak yang kita semua ketahui.





Jom kita dengar lagu pula..


                  sumber video: Youtube


Seronok tak?
Mari kita ulang sekali lagi..


Setakat ini sahaja, kita jumpa lagi dengan tugasan yang akan diberikan.








Dah baca? Jangan lupa komen dan LIKE aje.. TQ Comel!