>

Tuesday, 9 October 2012

TEMA : Haiwan Jinak




Adik-adik tahu tak,

haiwan jinak biasanya boleh dijumpai di ladang-ladang. 

Contohnya :
kuda, lembu, unta dan sebagainya. 

Haiwan peliharaan kita di rumah 
juga adalah haiwan jinak. 

Antaranya
 ialah kucing, anjing, arnab dan
 sebagainya. 


Jom kita lihat gambar-gambar ini.




Ini adalah ayam betina. 
Biasanya di pelihara 
di rumah (kampung)
Ayam dipelihara kerana dagingnya
 dan telur.





Ini pula si comel, kucing. 
Ia disayangi oleh manusia,
 kerana sifatnya yang manja.




Ini ialah lembu betina. 
Lembu dipelihara di ladang -ladang. 
Haiwan ini dipelihara kerana 
dagingnya dan susunya.
Susu lembu sangat berkhasiat.




Ini ialah anjing. Ia dipelihara
 sebagai haiwan manjaan dan juga 
sebagai penjaga di rumah- rumah, 
di ladang dan sebagainya.




Mesti kamu semua sukakan lagu, 
Anak Itik Tok Wi kan?
Ini ialah seekor itik.
Itik dipelihara kerana dagingnya 
dan juga telurnya.
Telur itik boleh dibuat telur masin.




\
Ini ialah seekor kambing. 
Kambing dipelihara di ladang-ladang.
 Daging kambing sangat sedap, manakala
 susu kambing sangat berkhasiat.




Ini ialah binatang yang sangat 
disukai oleh kanak-kanak.
Ia sungguh comel.
Ia gemar makan lobak merah.





Unta terkenal di negara Arab.
Unta mempunyai bonggol di belakang 
badannya.Ia binatang yang 
sangat lasak pada cuaca panas.




                                                                Sumber gambar :  Google

Ini ialah kambing biri-biri.
Bulunya yang putih  sangat berguna kepada manusia. 
Ia boleh digunakan untuk membuat
 baju sejuk.
Dagingnya juga sangat enak.



Inilah adalah antara haiwan jinak yang kita semua ketahui.





Jom kita dengar lagu pula..


                  sumber video: Youtube


Seronok tak?
Mari kita ulang sekali lagi..


Setakat ini sahaja, kita jumpa lagi dengan tugasan yang akan diberikan.








Dah baca? Jangan lupa komen dan LIKE aje.. TQ Comel!

No comments:

Post a Comment